Dalam kepala ada apa?

Perancangan yg ada dalam kepala hotak aku sekarang ialah :

1) nak repair bilik air depan yg teruk..water proofing problem
2) Nak betul kan dapur yg setiap kali hujan je..banjir, iskk tension betul
3) Nak tukar kain Sofa
4) Nak beli almari & katil baru Nurul
5) Nak kemas rumah ke2 aku yg kat selayang tu.. ZK outstation nanti aku duduk situ je
6) Nak tukar gelang baru hehe..

wah.. byknya, harap2 terlaksanalah hendaknya..

Cerpen : dia nak tukar sekolah

Ni ha nak cite pasal anak saya, entahlah.. alih2 nak ikut kawan dia masuk asrama pulak, drastik betul keputusan dia, tanpa berdiskusi tiba2 dia kata "abah, tolong isi borang, akak nak tukar sekolah lain, akak tak boleh belajar kalau kawan2 rapat akak takde, hidup akak akan bosan tanpa diorg" Saya geram betul mase tu, "dah fikir pjg ke?" "Dah, akak nak ikut juga diorg".."nak tukar sekolah dan masuk asrama sbb kawan semata2?" bingkas saya yg dah mula rasa sedih.. Dia diam, tapi mlm tu dia dan abahnya isi juga borang tu, esk tu siap ikut kawan2 pergi pejabat PPD, pergi pulak lawat sekolah baru tu.. semuanya tanpa pengetahuan saya iaitu Mama dia.. patut ke??

Saya terus terbayang kalau dia ke asrama.. kene beli baju kurung sekurang2nya 5,6 helai, dia ni susah bangun pagi. kalau waktu menstrual, dia selalu demam, tak larat, nak tido je sepanjang hari.. mood dia tak usah citelah.. Mama dia je yg faham. "ma, ada ponstan tak?? bagi akak sebiji.." ahhh mcm2 yg saya risaukan.. soal makan, soal penjagaan diri semua tu saya je yg tahu, anak saya pastilah saya je yg tahu luar dlm.

Saya tahu korang ada berbagai pendapat soal anak nak masuk asrama ni, saya mempunyai alasan yg tersendiri kenapa saya tak nak anak saya ke asrama. Pertama, dialah satu2nya perempuan yg saya ada, saya nak tgk dia membesar depan mata, lagi 2 tahun je saya dpt bermanja dan bermesra dgnnya setiap hari. lepas SPM nanti dia akan ke Univesiti pulak (insyallah), masa tu pasti saya akan izin kan dia pergi walau sejauh mana pun.. 3,4 tahun selepas itu berkahwin pulak, maka suamilah pula punyai dia..
Saya sendiri pun tahu, akhirnya tinggal saya dan abahnya saja di rumah nanti..

2-3 hari ni dia buat muka, mungkin hampa sbb saya tak izin dia ke asrama, "kak, awak still tak puas hati ke?""takdelah..akak ok je" jawapnya ringkas..
kenapalah hari ni rasa malas, lemau semcm, makan elok je berselere.. lutut pun rasa sakit. ni ha nak cite tadi view gamba2 tsunami kat jepun kat The.sun.uk kesian sgt, kapal yg besar boleh ada tgh daratan, kerete ada atas bumbung apt 5 tingkat, bayangkan betapa kuat ombak yg memukul.. aku jadi sayu,pilu.. becampur baur. kalau kat malaysia ni jadi, mcm mana agaknya eh!? sekarang mereka terdedah pulak dgn radiasi nuklear yg bocor.. tadi aku baca one of friend punya status kata mungkin radiasi tu akan menghala ke arah malaysia di bawa angin! masuk akal ke? jauh tu.. dunia semakin kalut! yg pasti bersedialah! bila2 musibah mungkin akan berlaku. Allah maha berkuasa di atas segalanya.

Mak datuk.. dah 1 Mac 2011


Salam, wahhh dah 1 mac 2011 ari ni, 2 bulan telah pun berlalu, tapi ini 1st entry saya untuk tahun ini..pehh. wehh saya sgt bz lately, byk keje beb, baru2 ni dah buat keje yg ada kene megene dgn SPA pulak.. walau bagaimana pun saya bahagia!..itu yg penting kan!.. ni ha tadi baca blog anak dara saya tu, tak habis2 cite pasal bf dia, fikir2 balik saya dulu muda2 takde luah2 perasan kat blog ni. Normal ke semua ni eh?? tapi bukan nak puji, anak saya tu baik orgnya..insyallah! as long dia tak merambu keluar sudah!. oh ye, minyak wangi saya dior addict tu dah habis..sib baik masa kat airport heathrow ada beli satu minyak wangi britney spears Midnight Fantasy, 18 pound.. murah ek!.. tau beli 2 ari tu.

Malaysia Boleh




Wahhh.. berseri2 rupa fan bolasepak malaysia, mana tidak..menang dengan Idon tu beb. Pagi ni kat Era & hotfm pun cite pasal bola, kat FB berlambak2 status bola. Sana sini org cite pasal bola sampai tenggelam cite MU menang mlm tadi..haha balik2 dgr org sebut pasal Raja Gopal,Safee Sali, Norhisham talha(ehh..mamat ni baru 2 hari kawin, nampak inai kat 3 jari dia mlm tadi). Berbaloilah sesiapa yg beli tiket tu, tapi terdengar nizam ckp ada fan msia dtg tgk bola bawak bdk2 kecik yg baby pun ada.. rasa2nya tak cerdik buat mcm tu..apalah yg baby tu tau tentang bola ye tak?.. kesian..mesti terperanjat bila org jerit2. Okeylah, tahniah Malaysia, wajah standing in the eyes of the world!..