Minggu ni, aku melaluinya dengan berbagai-bagai.. isnin, berjalan lancar..selasa, rasa tertekan.. esok rancang nak cuti, g mkn2 dgn papa, shopping.. n tgk wayang, tempah baju.., borang cuti sudah ku isi, tapi lupa nak bagi en. nordin sain, takpe en. fazli ade.. approved! lunch mulanya sendiri, alih2 niza join..ok lah tu. Adik?..uhh.. dingin, angin ape tah.. aku bagai kakak yg tak pernah wujud. Sabar, kerja2 ku cuba untuk siapkan, ptg tu hujan lebat membasahi bumi. papa sms pukul 5.30pm turun. dlm surau ramai yg tegur, nessa, niza.."wak napa adik awak itu dan ini?" seboleh2 aku memberi jawapan yg positif.."entah, dia bad mood.., telan je lah kataku cool", wal hal hatiku amat kecewa, tapi ku buat2 ok. petang tu sebelum balik, adik mengherdik pulak dgn kasar, bila ku tanya soal CD.. aku terpana, jiwaku remuk bagai kertas yg diramas (jiwang lah pulak)... mungkin salah ku, cuba membujuk diri, dia kan tgh bad mood, aku pula tanya pasal CD, yg mungkin perkara yg paling tak penting, sbb tu dia tak pernah tonton pun cerita tu sampai habis.. aku benar2 terluka, tangis ku simpan. ku kuatkan semangat, lepas asar aku beredar pulang, dlm kereta ku luahkan segala isi hati pada zk, puas dia memujuk, air mataku tiba2 mengalir deras selebat hujan yg turun pada ptg itu, tiba2 hp ku berbunyi. sms "akak, maafkan saya"... air mata ku semakin mengila, aku tersedu pilu, sepanjang jalan yg sesak, zk memujuk.. ku harungi ptg selasa itu dgn sedih, sms tidak ku balas.. pukul 6.45pm sampai. Pagi rabu, pukul 5.30am aku terjaga, kepala ku berpinar seolah dunia sedang berpusing laju, aku pitam?, tiba2 tekak terasa loya, aku termuntah-muntah bagai org mabuk, bdn ku lemah... Rabu adelah hari paling tak sihat, zk bawa ku ke klinik, mc 1 hari, semua perancangan lebur.. aku terlantar di rumah, kami mkn nasi bungkus. Khamis, masih rasa tak sihat, pening, loya, tak stabil, lemah..mcm2.. aku ke rumah mak kali ni. mc lagi 1 hari, mak panggil org dtg urut satu badan RM25.00, murah eh... tgh hari makan sedap, mak masak memang tak pernah menghampakan.. pening masih ade, mlm mkn cereal je.. Jummat, hari ni kerja, jumpa en. nordin, ramai yg dg tanya.. adik?, alhamdulilah sekali lagi dia memohon maaf, ku terima dgn ikhlas, pasti ramai yg kata ..mudahnya aku memaafkan seseorg yg sewenang2 melukakan hati aku. Soal itu ku tolak ketepi, aku ingin ketenangan yg total ketika ini, kesihatan ku masih merosot..tgh hari lunch sendiri, baring di surau, pukul 5.30pm pulang. Sabtu, Mas dan abe bertandang ke rumahku, bfast mee hoon, kami ke butik syahirah d bukit beruntung. Selesai semua, kami pulang, lunch dkt gerai nasi ayam trafic light, sg choh. Jalan jem gila.., ade roadblock sana sini, gara2 perhimpunan bantah PPSMI.. ptg pergi kenduri kawin kakak syara di kota damansara, mknan sedap n banyak dpt goodies. pukul 5.30pm mak, abah dan along dtg, mak risau bilaku tak sihat.. lepas minum ptg mak pulang pukul 6.45pm. Mlm dinner dkt ikea, walaupun kesihatan ku masih belum pulih sepenuhmya.. namun ku gembira disamping papa dan anak2, sebab itu ku ikutkan hajat Naqiu. Pukul 12am tido. Ahad, bfast capati segera dgn sardin. baca blog, paper.. pukul 2.30pm pergi ngaji, ptg tu ngaji sampai ayat 115. pukul 6.30 balik, singgah restoran d'templer, chinese muslim restaurant, mkm mlm, pukul 7.10pm sampai rawang. Mlm tgk arsenal game 5th round FA cup, yahuuu.. arsenal menang 3 - 0 lawan Burnley. Aku happy sangat waktu ni, pukul 12.15 tido. Habis cerita minggu ini.. esok minggu lain, selamat menyambut Maulidul Rasul.