3 hari Makan Free :)


Hey i'm back, kali ni dgn cerita yg gembiraa.. biasalah kehidupan ni pasti ada yg pahid dan manis kan! kiranya blog ni tempat meluahkan perasaanlah ni hehehe.. wah betul punya gumbira nih. okeylah citenya begini , Selasa lepas ada org belanja makan Pizza Dominos.. punyalah banyak 17 kotak..peh naik pening tak tahu nak makan yg mana satu.. siapa yg belanja?.. entah saya pun tak pasti, yg saya tahu shima tukang oder.. Rabu, ada org belanja lagi.. kali ni Ayam Nandos's (Peri-peri is the heart & soul of nando's and the secret ingredient behind the nando's restorants woldwide.. made in South Africa) ala sos dia je.. ayam tu ayam malaysia je.. yumm yumm makan free lagi.. alhamdulillah rezeki jgn di tolak, musuh jgn di cari -thanks En. Laiz, (dlm hati mesti byk bonus org tua nih..hehehe).. Khamis, ala takde org belanja ke?.. tadi pg UO dgn niza, Yeay Niza belanja huhuhu.. Yee Mee Kongfu, cucur kodok n air oren, brupp baik punya makan :) thanx Niza, kau punya bonus pun mesti banyak nih..hehehe



xoxo

Satu hari..


Satu hari..

1. Saya call ketua seksyen yg bertanggungjwp tu, minta tolong turun kebawah, puas saya merayu, cuba teka apa jawapanya?.. ya betul dia tak nak dan pasti tak akan dtg kebawah, sebabnya yg call itu ialah 'saya' bukan sipon atau si polan, agaknya kalau si polan yg call saya pasti dia akan berlari mcm hero sbb nak selamatkan kawan baik dia tu..(wah ni dah kira serangan peribadi ke?) okeylah think positif sikit eh.. yelah mungkin dia tak turun sbb saya org tingkat lain yg rata2 merasakan mereka ini tak berapa dipedulikan sangat.

2. Waty..ada org kata sebenarnya kau tahu org2 tu semua nak dtg eh? dan ini jawapan Waty " ya aku tahu ada org nak dtg jumpa boss, tapi aku tak tahu diorg nak dtg ke tingkat 5, and yg pasti there are no instruction from anybody to lock all the door!".. wah mcm marah je waty..rilek ah! tapi mcm mana dia boleh tahu eh??? saya pun tak pasti.. allahualam (tafsiran : hanya Allah yg maha alim)

3. Mas hot betul dgn en.laiz sbb tak nak keluar dari bilik.. dia pun komen gile2 kat status FB saya.. ada SM, tapi menyorok katanya bosan sambil buat kelakar pasal pintu tiba2.. aiiik ada org lain pulak yg terasa.

4. Nizam asik nak menyakat org je.. akhirnya sakatan tu bukan jadi bahan humor tapi jadi isu bodoh pulak.. ada org dah print status tu dan bagi pd org2 yg serius2 ni.. kita ingat habis kat FB je alih2 dah sampai ke peringkat atasan.. wahhhh emosi sungguh org yg memerint itu!.. ingatkan saya lah org yg paling beremo di dalam ini off, rupa2nya ada org yg lebih hebat emosinya.. entah lah!

5. The moral of story, kita tak dpt memahami org dan org pulak tidak memahami kita, salah sangka, emosi dan yg pasti masing2 merasakan masing2lah yg betul dan pandai akhirnya keadaan menjadi kusut, mcm rambut tak sikat 3 hari... ahh sudahlah, apalah ertinya kawan? kalau buat kita spt sampah! Nasihat saya pada diri sendiri : sayangilah diri sendiri dan taatlah pada yg maha agung, pencipta sekelian alam.

esoknya MD turun, kami berbual2..akhirnya dia mohon maaf pd semua org tingkat 5 atas apa yg terjadi, wahhhh hati kami berbunga-bunga, saya semakin respect pdnya, walaupun pangkatnya tinggi namun hatinya rendah. terima kasih Hj :)

tamat!




Salam Maal Hijrah 1431

salam maal hijrah!, tahun baru, azam baru, semoga segala amal ibadat di terima yg maha Esa.. alhamdulillah.. kehidupan yg baik, kesihatan yang semakin baik juga..jadi apa lagi yang harus saya fikirkan? tusyen anak dah daftar.., baju sekolah dah tempah..oh kasut belum beli lagi!.. buku2 dah settle. Hari ni masak sup kepala ikan merah, kegembiraan kerana malaysia menang semalam masih terasa.. yeay! akhirnya dpt juga emas dari skuad bolasepak.. pagi tadi lepas bfast ada hasil kan sebuah lukisan, tajuknya gerai buah2an.. tapi tak sempat nak scan lagi.. oklah semoga kegembiraan sentiasa bersama saya.. doa dan harapan saya pada tahun hijrah ini agar saya semakin yakin dengan diri sendiri, di tingkatkan iman, kuat semangat!

Stress?


Saya di rumah sekarang, kesihatan yg tak berapa stabil kadang ok kadang rasa mcm nak rebah kadang pusing lepas tu loya, dada berdebar2 tekak pulak mcm tercekik.. mcm pakai baju ketat dkt leher pulak.. saya jadi runsing, fikiran saya kacau.. mcm2 yg saya fikirkan.. benda ni terjadi lepas balik dari Johor hari tu.. dah 2 kali saya berjumpa doktor, hampir setiap mlm saya tak boleh tidur dgn lena ada yg kata vertigo iaitu penyakit tekanan yg tak seimbang tapi dr. Ong menyakal katanya saya stress. Stress?.. tak masuk akal langsung, apa yg nak saya stress kan, keadaan di office ok apatah lagi dirumah, saya gembira dan bahagia.. mana pulak dtgnya stress tu?.. minggu lepas paling teruk, saya muntah2 dan kepala saya pusing dan berputar.. aarrrg saya menangis mcm budak2, puas mak dan zk pujuk. ahh nasib baik ada mak dan suami. ZK kata, saya harus ubah gaya hidup, kena banyakan senaman dan jaga permakanan.. tapi cuba teka apa mak kata!.. mak kata jom kita berubat cara kg, jumpa dukun atau ustaz mungkin saya terkene benda2 yg berkaitan dgn benda halus.. dah 2 kali mak pujuk agar saya berubat secara tradisional, ZK pulak mcm tak setuju je..dia minta saya kuat kan semangat, jgn terlalu ikutkan perasaan. 2 mlm lepas saya tidur lena, tahu tak kenapa? sebab saya telan pil tidur yg dr. ong bagi.. dia kata salah satu sebab saya stress adalah kerana kurang tidur.. tapi mlm tadi saya tak telan lagi dan dari pukul 3am sampai 5am saya terkebil2 tak boleh tidur.. nasib baik hari ni saya cuti. Semalam hadir kelas tafsir, saya rasa lega.. ustaz kata serahlah segalanya pada Allah, maha agung dan maha kaya dan berusahalah kearah kebaikan, jauhi dari melakukan dosa.. dan 2 hari lepas saya ada hasilkan lukisan untuk rehatkan minda, ZK juga ada suruh saya buat kuiz rehat minda di internet.. yg penting ramai yg ambil tahu tentang saya, suami, mak abah, adik beradik, anak2.. terima kasih semua kerana menyayangi saya!

Our Anniversary


Papa, there are so many things to love you for, your thoughtfulness, your understanding, your way of listening to me, your way of loving me.. but the truth is that the thing i love most about you is just the mere fact that you're you.

with love on our 15th anniversary,
Mama
19 Nov 2009
Singapore