Esok awal muharram, tahun baru bermula.. 2009 pula akan menjelma 3 hari lagi. aku bersyukur atas nikmat yg Maha Esa beri, tahun 2008 bagiku banyak meninggalkan memori yg indah2.. dari Jan'08 hingga Dec'08.. semuanya ok. Cuma hadiah ulang tahun perkahwinanku yg ke14, masih belum kuterima.. papa janji nak bawa ke luar negara.. bila yek?!
Mula2 cite pasal kat office.. tahun 2008 Zul berhenti dari TPPT, seksyen akaun kehilangan seorang pekerja yg berkaliber tapi lorat gile.. ye la aku pun panggil dia zul gile.. sepanjang berkerja dengan dia aku selalu dibuli, kami selalu gaduh, tapi dia sgt cekap membuat akaun, senang cite dia pandai dan baik tapi gile.. he he i'll miss him. Marzita yg paling rapat buat masa ni.. thanks god dia ada, walaupun kenkadang moodynya tak keruan.. aku masih boleh bertahan. Azam lelaki sempoi, en. fazli yg baik hati tapi ..biasalah mana ade manusia yg perfact, En. Nordin, yg rugged, kdg2 poyo tapi tak kedekut, boss yg kusayangi he he thanks sebab bagi markah yg ok dan bonus yg alhamdulillah ..akhir sekali Kak Pah dgn dunianya yg tersendiri. Mereka2 inilah yg menemaniku sepanjang 2008 di pejabat. Tak lupa nessa, awal2 tahun ari tu kami baik semacam.. betullah org2 tua ckp buat baik berpada2 buat jahat jgn sekali, gunung daik bercabang tiga.. eh ape kena mengena dgn gunung daik pulak ni.. nessa baik, dia ade pandanganya tersendiri, kami masih berkawan dan aku tetap menghargainya. Emmp.. kawan2 bola pulak, gigg (en. azlan), Carric (fat), Gerrard (en. Amran mukhtar), en. khairul, nizam dan azan fan chelsea yg poyo, zaimi fan MU yg cool.. semuanya best, tapi kalau arsenal kalah mesti kene perli. kutuk tak usah citelah..boring betul. Yg tak best sepanjang 2008 dkt office.. ape lagi berhadapan dengan 2 org yg tak suka aku, aku pun tak suka gak kat diorg.. melihat, mendengar, ape lagi ye?.. ah semualah.. aku tak suka, tak suka, tak suka..(sila baca mcm iklan budak marah bila mama dia bersihkan lukisan kat dinding, ala iklan cat tu). Buat apelah cite pasal org yg takde kene mengene dlm hidup aku yg bahagia ini betul tak? maaf jgn kata aku ni tak pernah nak buat baik dgn 2 org tu ya.. kata tak nak cite, ah..cite sikit je, dlm tahun 2008 aku pernah cuba berbaik2, mula2 tu aku try kat boss dia dulu..dlm fikiran ku mungkin boss dia akan pujuklah kekasih hati yg paling di cintainya itu berbaik2 pulak dgnku.. tapi hampeh, tak payahlah. buang maso den je, bertambah sombong dan angkuh adelah.. stop. 2009 nanti tak payahlah cerita2 lagi k, lebih baik cite pasal bdk pencuci dan angkat sampahku setiap hari.. bdk indon tu baik ape! gajinya RM600 sebulan.. tiap tahun tak lupa aku kasi dia duit raya.
Keluarga, alhamdulillah Mak Abah, Mama dan Abah mertua ku sihat, demam sikit2 tu adelah, hubungan ku dengan ipar duai pun ok, cuma dlm tahun 2008, Ifa hampir2 bercerai, alhamdulillah berkat doa semua keluarga dia berbaik2 semula dan suami dan sdg mengandung anak ke2. Adik Rizal dpt Aira, adik beradikku yg lain semuanya baik2 belaka. Anak2 pula, Naqiu dah selamat bersunat, Anas masih ade alergy, tahun ni terpaksa beli dua PSP sebab asik bergaduh je, Kakak.. semakin dewasa, Bibik.. tersangat lah OK, rajin (kalau nak cite pasal bibik ni panjang lebar, takpelah nanti create cite khas utk bibik yg telah berkhidmat 4 tahun).. dan yg paling2 tak terhingga buah hati ulam jantung, nyawa, intan payung..takda lagi dah..(baca stail amat nisfu masa cite 3 abdul) ialah hubbyku tercinta. Thanks papa, kerana memberiku kehidupan yg baik, beli TV LCD Sony, bawa kami jalan2, terengganu, kelantan,PD 2 x, BaganLalang, Desaru, Johor, Cemeron, Bkt Merah, Penang dan lain2 tempat yg dah tak ingat.. love u so much.
jalan jalan di cameron highland
14 Dec 2008, pagi tu pukul 6.30 bdk2 dah bangun, lepas solat subuh siap2. pukul 7.30 tepat kita pun gerak. Pagi tadi bibik masak nasi lemak, goreng ayam, sambal ikan bilis dan rendang daging yg terbest in the world, mak buat .he he.. sebagai bekalan untuk breakfast nanti.
Perjalanan lancar, sampai r&r tapah kitaorg pun sarapan. keluar dari higway simpang pulai pukul 11.00 kena tol RM.. empp sorry tak ingat tapi puluh lah. ade signboard arah cameron, so kitaorg pun ikut jln tu. Bagus jln baru ni tak banyak belok2 mcm dulu, jln pun cantik, pemandangan yg hebat dan cuaca menyebelahi kami, panas tak hujan, dlm perjalanan ade banyak air terjun kecil kelihatan. dlm 50km gitu kami pun sampai Kg. Raja iaitu bukit yg atas sekali, ade kg2 cina, jln kecil yg sibuk dengan urusan penjual, pekebun dan pembeli, lori kecil mcm dlm gambar ni byk di sana sini, asapnya sungguh mencemarkan udara bukit bukau.

Turun kebawah sebelum sampai Apt kitaorg singgah taman rama2 dan taman bunga. Cuaca sejuk. Seronok tgk bunga2 segar dan besar, udara nyaman lupa seketika KL, tak lupa ambil gambar kat smoke house mcm tu juga rupanya, bunga sana sini, dlm 3.20 ptg papa g check-in apartment. Cuaca semakin sejuk lepas solat jamak, ptg tu pergi tgk ladang teh, singgah beli jagung madu, ptg dinner kat merry brown, Naqiu mcm tak suka je.. tadi dia yg beriya-iya nak. Singgah pasar malam beli sayur, limau, 
jus strawberry dan yg paling best strawberry salut coklat RM2.00 sebatang.
Singgah Hotel Lobby main internet, naqiu main game, papa main snoker pukul 9.30 mlm Balik Apt, Naqiu, abah sambaung main monopoli pulak, mama jadi banker. Lepas solat jamak kitaorg tidur dlm semua org berstokin sebab sejuk gile. Pagi tu kitaorg bfast kat hotel, RM20++. Siap2 pergi pasar pagi kejap, ambil gambar, mcm2 ade, buah2an, sayur2 segar berharga perpatutan 20 bungkus Rm10.00, ade jual cactus 7 pasu RM10.00, Madu lebah asli, keledek madu, limau madu.. jgn dpt madu sudah.
Bunga ros memang murah satu dozen RM5 je.. nak beli tak boleh sebab lepas ni nak g perak dan penang, mesti layu punya. Pukul 12.00 bertolak tutun dari Camaeron Highland. Bye! jumpa lagi.
Singgah Hotel Lobby main internet, naqiu main game, papa main snoker pukul 9.30 mlm Balik Apt, Naqiu, abah sambaung main monopoli pulak, mama jadi banker. Lepas solat jamak kitaorg tidur dlm semua org berstokin sebab sejuk gile. Pagi tu kitaorg bfast kat hotel, RM20++. Siap2 pergi pasar pagi kejap, ambil gambar, mcm2 ade, buah2an, sayur2 segar berharga perpatutan 20 bungkus Rm10.00, ade jual cactus 7 pasu RM10.00, Madu lebah asli, keledek madu, limau madu.. jgn dpt madu sudah.
Suatu waktu dulu, arwah Shikin adalah teman baiku, entah kenapa 2-3 bulan sebelum kepergiannya hubungan kami tidak begitu rapat. Tapi dia tetap menegur aku seperti biasa. Banyak yg ku rajuk.. sikapku yg paling buruk. Namun telah ku buktikan padanya bahawa akulah kawanya yg paling setia, ..aku disisinya saat dimandi serta dikafankan. Tangannya ku sentuh perlahan-lahan Dalam hati kecilku berkata.. "aku sayang padamu, selamat tinggal Kin" selepas itu aku bertekad, setiap kawan harus ku hargai, setiap rajuk harusku simpan, aku harus kuat menghadapi teman2 yg berbagai ragam. Persepsi org. Gaya tu orgnya suka merajuk tak tentu hala dan kuat menangis..biarkan! tuhan lebih mengetahui segalanya.
Kini hampir 3 tahun kepergiannya aku masih merasai kehebatan hubungan kami, wajahnya masih ku ingat, derai tawa nya, aksi speaking London.. ah sungguh manis kenangan itu. Tatkala dia menangis dirundung masalah, dompetnya di curi org, kupujuk, tapi aku menangis bila dia tertawakan fesyen tudungku yg jangkal... kami berpelukan memohon maaf antara satu sama lain.. ah, mana bisa ku lupa dia masak spegeti waktu aku berkunjung di rumah sewanya di kajang, saat dia menemaniku ku rumah makcik baiti si tukang urut untuk mendapatkan zuriat.
Dia paling gembira waktu aku di sahkan mengandung anak ke2, masa tu kami sama2 ke klinik kumpuan medic untuk melakukan pap smear. masih ku ingat sewaktu aku berkunjung ke rumah barunya di semenyih, saat sebelum pulang aku salam sambil mencium tangannya, pipi kami saling bersentuhan, ku peluknya, makaroni bakar hidangan terakhirnya buat ku ptg itu, ku puji2 keenakannya. Tentu banyak lagi kenanganku bersama arwah yg tak dpt ku luahkan di lembaran ini. Apa yg kusesali adalah kami tidak serapat dulu sebelum kepergiaannya. banyak sebab.. aku terlalu kuat merajuk, hubungan dingin selepas tidak dapat nasi lemak misalnya adalah satu perkara yg sangat teruk pernah ku lakukan.
.. petang sebelum kejadian, dia ada menjemput ku minum teh bersama potongan kek, kerana masih merajuk aku tidak menyentuhnya, aku bertembung dgnya sekali lagi di surau, dia cuba mengajaku berbual.. ku tolak dengan alasan ku sedang menunggu panggilan telefon diluar..rupanya itulah kali terakhir suaranya ku dengar, itulah hidangan teh terakhir darinya petang itu dia pergi buat selamanya.. berbaloi kah tangisku yg mengila, jawapnya tidak! dia pergi dan takan kembali.
kini yg tinggal hanyalah kenangan hanya doa dan yasin mampu ku kirimkan. Damai lah kau disana. Persahabatan itu amat bererti bagiku, namun setelah kepergiaan shikin aku hilang lagi seorang sahabat, walau dia masih hidup, pelik tapi benar, itulah yg terjadi. Insyallah dilain lembaran akan ku cerita tentangnya.

Aidil Adha d Rawang
Assalamualaikum, hari ni buat pertama kalinya aku menyambut aidil adha di rumah sendiri. Biasanya kami sekeluarga akan ke rumah mak ku si selayang atau ke rumah ibu mertuaku di melawati. Ibu mertua serta adik2 suami beraya di terengganu, kampung abah.. best gak kalau dapat balik, tapi kalau g shopping kat pasar payang mesti mahal, sekarang kan tengah berlangsung Monsoon Cup, kat losong pulak mesti takde org berniaga kopok lekor sebab kat terengganu raya haji ni disambut lebih besar dari raya puasa. Ok berbalik kepada beraya di rumah sendiri, mlm tadi aku masak rendang ayam, kuah kacang, masak lodeh dan rebus ketupat segera, semuanya beres dengan bantuan bibik, dari kopek bawang hingga ke mesin kacang tanah semua bibik yg buat, aku cuma tumis dan campak2 ramuan tu sambil tengok buku resipi.. he he mak kata kalau nak sedap lagi sambil masak tu selawat banyak2.. insyallah kalau masak tu ikhlas mesti sedap walaupun tak pandai. Hujan turun membasahi bumi sejak semalam, bagaimana pun pagi tadi aku, suami, nurul, naqiu tetap g solat sunat aidil adha di surau depan rumah kami, sebelum tu breakfast makanan yg aku n bibik masak mlm tadi.. terharu terima pujian anak2 and suami "sedap mama masak".. walaupun aku tahu kuah kacang tu tak berapa jadi dari segi rupa, tapi dari segi rasa empp.. memang boleh tahan, mungkin betul kata mak selawat banyak2 tu turut membantu. Lembu korban suami bernombor 7, apa lagi kitaorag pun ramai2 g tengok ibadah tu dalam hujan renyai2.. anas anakku yg paling bongsu tu yg paling teruja, first time tgk korban. Melihat lembu dikorbankan.. terasa sayu, darah mengalir laju didalam lubang yg disediakan.. semuga allah menerima ibadah kami. Amin, ptg ni nak g selayang pulak, mana boleh tak jumpa mak lama2.
Yoga
| Saya terpanggil untuk menulis mengenai Yoga, sana sini orang memperkataan tentang itu. Ada kawan di pejabat komen ahh..ini benda terpencil je, banyak isu lain yg lebih berat, kegawatan misal.. tapi bagi saya soal akidah jangan ambil enteng. Malaysia yg berstatus negara islam sepatutnta menerima fatwa yang dikeluarkan oleh majlis tersebut. Diorang tu orang2 alim, org2 cam ni patut dihormati, tak kanlah diorang tu saja2 suka nak haram kan itu ini, mesti bersebab. Kakak saya sendiri pernah mengikuti kelas senaman Yoga ni, menurut dia senaman ni sangat menyeronokan dan berkesan, antara gerakannya..berdiri dan angkat kaki kebelakang sehingga tinggi yg boleh dan bayangkan anda sedang terbang..fly! fly!.. takde mentera2 ni.. wah cam ok je, tapi kelmarin saya ade baca paper HM dlm ruangan sms, ade sorang budak ni kata patut haramkan yoga ni sebab makcik dia senam sambil tengok gambar sai baba.. iskk gile betul. Maknanya memang ade senaman cara yg simple dan ade cara yg over sikit sampai kena tengok gambar dan kena baca mentera beradu.. eh sorry itu lagu m.nasir.. mentera yg tah apa2 tah. So pendapat saya tak payah senam Yoga pun takpe..banyak senam cara lain yg best2 gak macam tai chi ke, poco2 ke..banyak lagi alternatif lain betul tak? |
Percubaanku yang pertama
Hari ni aku create blogku sendiri dengan bantuan anak gadisku yang berumur 13 tahun, Anak-anak zaman sekarang sangat pandai dan cenderung membuat sesuatu menggunakan kemudahan di internet, misalnya cara dia berhubung dengan kawan2 melalui MySpace, friendster, sembang2 di Ym.. kadang naik risau dibuatnya. Niat untuk buat blog sendiri dah lama, tapi tak tahu cara2nya sahaja.. sungguh memeranjatkan bila anak perempuanku tiba2 tanya "mama, nak buat blog tak? kakak dah ade blog sendiri.." So, ini percubaanku yang pertama. Thanks Nurul!..
Subscribe to:
Posts (Atom)