Malaysia Boleh




Wahhh.. berseri2 rupa fan bolasepak malaysia, mana tidak..menang dengan Idon tu beb. Pagi ni kat Era & hotfm pun cite pasal bola, kat FB berlambak2 status bola. Sana sini org cite pasal bola sampai tenggelam cite MU menang mlm tadi..haha balik2 dgr org sebut pasal Raja Gopal,Safee Sali, Norhisham talha(ehh..mamat ni baru 2 hari kawin, nampak inai kat 3 jari dia mlm tadi). Berbaloilah sesiapa yg beli tiket tu, tapi terdengar nizam ckp ada fan msia dtg tgk bola bawak bdk2 kecik yg baby pun ada.. rasa2nya tak cerdik buat mcm tu..apalah yg baby tu tau tentang bola ye tak?.. kesian..mesti terperanjat bila org jerit2. Okeylah, tahniah Malaysia, wajah standing in the eyes of the world!..

Paris



sejak dulu berangan-angan sampai ke kota Paris, "The Eiffel Tower was built for the International Exhibition of Paris of 1889 commemorating the centenary of the French Revolution. The Prince of Wales, later King Edward VII of England, opened the tower. Of the 700 proposals submitted in a design competition, Gustave Eiffel's was unanimously chosen. However it was not accepted by all at first, and a petition of 300 names - including those of Maupassant, Emile Zola, Charles Garnier (architect of the Opéra Garnier), and Dumas the Younger - protested its construction.
At 300 meters (320.75 m including antenna), and 7,000 tons, it was the world's tallest building until 1930.
petikan dari Eiffel Tower History.. sungguh indah, tak dpt ku ucap dgn kata2..thnks to ZK, kerana merealisasikan impianku

Sekali sekala nak gak berlagak!


Hi, pagi tadi bangun seawal 5 pagi gara2 menonton MU vs ARS(team gua ni).. team gua kalah beb, bosan betul tgk ref mcm berat sebelah je, si Rio Ferdinand tendang perut si bacary sagna sampai koyak baju dia, langsung tak bagi yellow card! ini tidak adil. Maka searakian fan2 MU yg sediakala berlagak tu makin bertambahlah lagaknya dengan kemenangan 1 -0 itu.(eleeh 1 je??)..isk isk tak bole jadik, gua pun nak belagak gak lah. Maka adalah seorang fan MU dtg pada gua sambil gelak2 dan berkata "whatsup??" Gua dgn lagaknya berkata.. "cis celaka punya Rio Ferdinand" tendang org tak kene Card!"Si Ronney tu sama, org dah bagi penalty pun tak masuk!!!"" dengan berlagak sungguh hehe terus fan MU tu blah..hehe puas ati gua!

Bacary Sagna kanan sekali dlm gambo tu.. apa? gelap sgt?? hallo wife dia putih okey!

Ulasan filem mlm tadi

malam tadi tgk movie legenda aku budak setan di astro ria.. jalan cerita yg simple, plot yg lemah namum penataan cahaya dan gambar yg menarik, berlatar belakang rumah2 yg cantik dan mewah, tiada apa yg istimewa.. mungkin terlalu kejam memberi pandangan sebegitu namun itu lah hakikat..mungkin juga kerana aku yg tidak minat pada heronya si FK yg poyo(ini pandangan peribadi aku sendiri ehh!!) bagi peminat2 FK jgn pulak melenting. Biasanya aku begitu emo bila menonton filem atau drama melayu, entah kenapa malam tadi aku menonton dgn hati yg kosong & polos, airmata tak tumpah langsung seperti biasa ku lakukan, atau mungkin hatiku kini sekuat batu kot..hehe apa-apa pun aku suka dgn Lisa, orgnya manis dan pandai berlakon.. tiba2 aku bandingkan pula dengan filem Ali Setan (1985) Kisah mengenai kenakalan seorang mahasiswa bernama Ali di sebuah universiti. Dia sering mengusik pelajar-pelajar lain termasuklah Asmidar yang kerap menjadi mangsanya. Namun perasaan bencikan Ali akhirnya bertukar menjadi cinta, filem tu padaku cukup menarik.. gelaran setan utk bdk nakal memang menjadi.. garapan yg hebat dan meninggalkan kesan sehingga hari ini..

Happy Anniversary





Happy Anniversary
doesn't seem enough to say,
for all the joy and happiness
you give to me each day,
but I hope that you will understand
just as you always do,
nothing else can match the joy
I find in loving you.

With Love on
Our Anniversary.
19 Nov 2010
Dubai

1 Muharram 1432

selamat tahun baru Hijrah.
tiba2 teringgat masa sekolah dulu nyayi nasyid ramai2 semasa sambut maal hijrah 1988.. wahhh mase tu rasa2nya suara aku yg paling sedap..hehe puji diri sendirilah siapa lagi nak puji kan. Yang bestnya aku masih boleh hafal lirik nasyid tu walau dah 22 tahun berlalu..wahh bagus betul ingatan ku ini :)

Satu Muharram detik permulaan
setelah turun wahyu dari tuhan
siap sedia untuk perpindahan
dari kota mekah ke kota madinah

dengan keyakinan iman yg teguh
kaum humajirin dan ansar bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegak kan islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan

oleh itu mari semua kita sambut maal hijrah
tingkatkan semangat tinggikan syiar islam
untuk sepanjang zaman

Wa bengang beb!

Sorry blog ini juga tempat wa melepaskan kebengangan wa. cite nya begini.. isk nak mula dari mana eh?.. mcm nilah nobody perfec (Practice does not make perfect. Only perfect practice makes perfect).. oklah dah aku buat salah, salah lah kan..i'm sorry jgnlah nak kata org tu org ni.. malas citelah.. wa bengang beb!

Blood test result!

Blood test result 2009/ *Result 2010

glucose - 4.8 * 4.7 (turun 0.1)/ 5.6
urea - 4.6 * 4.4 (turun 0.2)/ 8.4
uric acid - 0.28 * 0.27(turun 0.1)/0.34
cholesterol - 4.4 * 4.6 (Naik 0.2)/ 5.2
triglycerides - 1.2 * 1.5 (Naik 0.3)/1.7
hdl ratio - 4.7* 4.6 (turun 0.1)/5.0
sgpt (alt) - 24 *25 (Naik 1)/53

Alhamdulillah

Sebuah Hakikat

Salam, sejak ada FB ni.. mcm2 ragam manusia yg saya jumpa, gila politik,gila bola, gila itu gila ini.. ada yg post hadis hari2 ada yg ajak baca surah tu surah ni dgn harapan dpt pahala ini dan itu.. kita dah di biasakan dgn ganjaran2.. baca surah ni ganjarannya ini dan baca suruh tu ganjaran itu.. tafsir surah tu langsung kita tak peduli pun, apa ada pada ayat tu? kenapa Allah turunkannya.. apakah iktibar dari surah tersebut, adakah kita beriman dan kalimah2 itu, jarang org ambil peduli, sanggup kita hafal dan baca berulang tanpa tahu apakah maksud ayat yg dibaca itu! kita terlalu mengharap pahala dari bacaan semata-mata, lebih menyedihkan lagi ramai di kalangan kita lebih taksub pada hadis dari ayat2 al-quran itu sendiri..saya bukan menolak hadis tapi sekiranya berlawanan dari ayat2 Allah bagaimana? bukankah itu satu fitna terhadap rasul..

mari baca tafsir surah al-baqarah ayat [285] Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

baca pula tafsir dari surah al-imran ayat [7]ni Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

dekatilah al-quran, fahamilah setiap kalimah berimanlah dgn ayat2 tersebut..

Man Fus!

Semalam hadir kelas tafsir mcm bias setelah 2 minggu absent, sambil2 belajar tu adalah selingan dari ustaz pasal cite p.ramlee. pernah dengar tak dia kata begini.. oh dia telah man fus lah (seolah2 slang org arab), sebenarnya kata ustaz Man fus tu memang bahasa arab yg bermaksud "telah di ambil nyawanya".. tapi org2 kita buat kelakar dan ubah jadi dah mampus.. and ayat tu seolah-olah kasar bunyinya, bayangkan lah kalau kita kata begini, "eh..baru smlm aku jumpa si polan tu, alih2 hari dia dan mampus or ayat sebenarnya Man fus".. mesti org kata eh.. tak baik kata org tu manfus walaupun sebenarya erti ayat tersebut adalah telah di ambil nyawanya. Sekian

Hadiah dari Hati..


Wah..hari lahir 14 Jan nanti tapi dah dpt hadiah!.. berbunga hati saya mcm bunga yg tengah kembang mekar.. thanks Pa, what a present, luv u so much, not b'coz ur present tapi kerana ingatan itu. ZK kata cuba teka harganya.. aiik nak bagi tahu harga pulak?
empp sedia maklum lah.. :)

Selamat Tahun Baru!



Happy New Year 2010.. ada terima text dari Iza,Ifa.. tahun ni tak excited sgt nak menyambutnya, maklumlah hubby kita di negara lain.. pukul 12.00 am mata masih belum mengantuk, sayup2 ada dengar bunyi mercun.. perutusan tahun baru dari PM?..langsung tak dengar, tadi ZK call dari Abu Dhabi, dia akan sambut new year dkt Baharain, miss u too katanya mengakhiri perbualan.
Azam tahun baru?..ahh perlu ke? ya ya perlu.. sekurang2nya ada target or goal kan!, nak jaga kesihatan, nak kurus, nak kurangkan ckp, nak kurangkan shopping benda2 merapu (boleh ke nih?) ala ni kan azam, nak seribu daya..