Lauk utk Lunch Hari ni..




Pagi tadi masak spageti untuk breakfast.  Hari ni Naqiuddin balik dari camping.. kena mask best2 ni. dari pukul 11.00 pg dah get ready.. tapi dlm peti ais cuma ade udang, ikan siakap dan ikan selar kecil2.. empp oklah masak jelah ape yg ade.  Papa dan Anas dah keluar amik Naqiu, Kakak pulak asik terperap dgn laptopku.  Bik jom tolong saya masak.. "ok buk"..goreng sayur leek dgn capcicum, carrot dan bunga kobis campur udang, ikan siakap masak kukus, goreng ikan selar dan buat sambal cili akhirnya pukul 1.00 pm, siap!! dan papa pun dah sampai dgn abg Naqiu.. jom lunch!!

Prig & Prissy


Aku kepingin menjadi manusia yg sentiasa cantik zahir dan batin, berbudi pekerti tinggi, tidak berprasangka, ikhlas, berjiwa kental, bersemangat waja, tidak mudah berputus asa.. bukan manusia yg sombong, angkuh lagi bongkak, buruk perangai dan bodoh menilai, beremosional tak tentu hala.. Sesungguhnya hanya manusia itu sendiri bisa mengubah nasib mereka.. maka pilihlah yg baik dan yg buruk itu buangkannya jauh2... di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Aku pasti boleh!

Sedih dah letih

Sabtu, pagi tadi pegi sogo, sebelum baik g JJ kat kepong dulu.. tapi cite kat JJ kepong semua ok je. beli brg dlm peti ais.. sampai rumah kurang lebih pukul 5 ptg. Letih kemain.. mlm tgk AF, selang seli tgk bola piala FA malaysia.. minat gak..selangor vs perlis.. layan je selangor win 2-1 (last min goal). 812 ade game aston villa vs west ham.. draw 1-1. zk ade meeting persatuan penduduk. tukar balik channel 104, Qhaud tgh nanyi.. cam sedap pulak bdk ni nyanyi.. last2 AF yang terkeluar si Qhaud tu.. alih2 rasa sedih pulak.. isk apesal sedih pulak ni pada hal aku tak lah layan sgt AF ni.. 12.10am ZK balik dari meeting persatuan.. terus tgk bola piala FA Inggeris pulak.. team aku ni Arsenal vs Chelsea.. last2 kalah pulak (last min gol juga).. ahh.. sedih betul. pukul 2.30 am masuk tido.. keseluruhan hari ni sungguh meletihkan dan menyedihkan.. sobs.

Cerita di Sogo

Hari sabtu kami ke Sogo, dgn tujuan satu iaitu meng redeem cash voucher! anak2 turut happy.. Nurul, Naqiu and Anas menemani ku dengan girang. ZK?..O..dia bukan tak nak ikut, tapi dia kene keje hari ni.. pagi tadi adelah dia bagi RM100.00 untuk belanja makan tgh hari..seratus je?.. heh..jadiklah dari tak bagi langsung. Jam baru pukul 12pm, paking masih ade, tapi di tingkat p3 bersebelahan longkang.. orang2 mulai ramai, ialah kan tengah sale ni. Lif ku tekan ke tingkat 7, sampai kat situ.. teka ape terjadi?.. hati ku menjerit.. rasa nak nangis pun ade.. surat redeem tu tertinggal dalam hand beg lain.. huh.. bosan betul. "dik surat akak hilanglah.., boleh tak redeem juga?" soal ku pada bdk yg jaga kaunter tu.."maaf kak mesti ade surat juga baru boleh dpt cash voucher..kalau tak takde surat, hilang atau koyak, sila dtg balik dlm bulan Mei nanti, kami buat secara manual.." terangnya panjang lebar.. alahai.. kesianya aku. Tapi since kami pun dah sampai kat sogo ni..ape lagi terapi pun bermula.. jom shopping, sebelum tu bawa budak2 g lunch dulu.. sambar kasut clerk satu, RMxxx.xx je..cam mahal pulak, ape2 jelah duit sendri pun.. beli lagi baju nurul, naqiu n anas.. yg ni ade sale ok lah tu.., anas pulak nak mainan beli lagi.. isk lagi lama kat sini lagi kopak ni.. dah2 jom balik. Kat parking teka ape terjadi.. ade org parking kat belakang keretaku..dia pikir sebelah kanan tu besar boleh keluar mengiring, tapi dia tak nampak ke ade longkang sebelah ni??? dgn susah payah aku keluar dari parking tu dgn bantuan nurul yg dah jadi mcm budak jaga parking.. aaarrrk..sakit hati betul rasa nak tinggalkan note kat kereta tu "kenapa ko bodoh sangat ha?"..sabar mama..bawa mengucap.. akhirnya kitaorg pun berjaya keluar dari situ dgn hati yg sgt bengang.

Org berbudi kita berbahasa..

salam, hari ini aku ingin sekali menulis mengenai pepatah melayu yg penuh dengan maksud yg tersirat. pepatah atau bidalan begitu sinonim dengan org2 melayu yg hidup dengan adap dan sopan santun. Salah satu pepatah yg aku nak cerita ialah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.. Ini pandangan sahaja ok. kalau kita dpt sesuatu yg baik, what should we say?.. we should say thank you kan..kalau dpt yg tak baik pun we should say thank you juga.. bukan bodoh2kan org yg memberi tu. That was happen to me.. i feel so stupit.. zk kata.. Well.. let ignore org mcm ni. Anggap sahaja seperti mencurah air di daun keladi..

Peti Besi

En. nordin ialah boss ku. dah 7 tahun dia menjadi ketua dlm seksyen Akaun. yg pernah jadi ketuaku ade berapa eh?? Mendiang Edward, en. sulaiman, en. mat nor, en. ishak..(yg ni best gak, kamek si ada nangga..) dan sekarang en. nordin ( initial dia NJ.. bukan KJ..hehe sian tak dpt jadi menteri). Dlm banyak2 cerita berkenaan NJ ialah ialah aku nak bercerita tentang perkataan yg sering dia ucap bila nampak muka ku yg comel ini.. hehe salah satu cara utk memotivasi kan diri, kena puji diri sendiri lah. Cik Gaya peti besi.. ada ke patut. Katanya org akan ingat persidangan bawah pokok kalau ternampak pokok besar, aku pulak akan di kenang sebagai peti besi bila terlihat peti besi ..isk bosan tul!! pada hal cite tu dan berlalu hampir 3 tahun org tua masih ingat lagi.. "en. din why u keep on repeating that word when u saw me?"" i suka" bingkasnya sambil ketawa2 perli" "bengong!!" kataku tapi dlm hati jelah.. suka hati ko lah NJ.

Keputusanya..

Isnin lepas g klinik Ong, buat blood test, disebabkan ada rasa takut maka pressure darah naik sedikit 140 atas 100 bawah.. isk gila, tak pernah2 naik mcm ni. Dr. Ong kata result akan dpt hari rabu. Hari ni rabu.. dan keputusanya.. nanti dulu, pg tadi tak senang hati, perut sakit, dada berdebar.. gara2 menunggu keputusan blood test tu.. dan keputusanya...jap jap nanti lah nak buat suspen sikit.. mlm tadi kan aku minta zk dan anak2 doakan agar kesihatan ku dan keluaga baik2 belaka, mlm lak tak berapa boleh tidur, apa lagi tgk Arsenal v Villareal, isk nasib draw. oklah dan keputusanya adalah dibawah. Sebelum tu nak terangkan sikit, alhamdulillah semuanya masih di bawah border line (yg color merah). Aku bersyukur sangat2 atas nikmat yg Allah beri. O'ya saja nak share, pagi tadi uztaz Wan Sohor kata kalau nak selalu sihat kena banyak sedekah... so ape lagi jom bersedekah!!

glucose - 4.8 / 5.6
urea - 4.6 / 8.4
uric acid - 0.28 /0.34
cholesterol - 4.4 / 5.2
triglycerides - 1.2 /1.7
hdl ratio - 4.7 /5.0
sgpt (alt) - 24 /53

Ketidak stabilan

Hari ni alhamdulillah sihat, cuma bila berdiri kadang2 rasa tak berapa stabil, mcm nak rebah tapi masih boleh dikawal.. napa ek?, tekanan darah redah kot.. tiba2 terima call dari along "adik pergi pantry, makan sikit gula!, dalam darah adik tu kurang gula tu, dulu along pun kena gak cam tu, dr. mazlan advice buat cam tu.. ala kita adik beradik, penyakit kita sama" lepas selesai bual2 dgn along, aku terus ke pantry, buat mcm dia ckp, buat teh'o lepas tu balik ke meja.. mana mungkin kurang gula, entah2 terlebih gula, minggu depan kena g check darah ni. Walaupun berada dlm ketidak stabilan aku tetap gagah kan diri temankan Cik comel ke jalan TAR, jauh jugaklah berjalan kaki, alhamdulilah ok. Lan pulak kata ketidak stabilan tu berpunca dari tekanan dlm bdn, mungkin kurang gula atau terlebih katanya.. emmp dah 2 orang ckp mcm tu untuk lebih tepat lagi kena g jumpa doktor.. tapi rasanya bulan 3 dan nak masuk bulan 4 asik g jumpa dr. je... jgn ade org bising sudah.

Ikan Keli Che Hisham

petang tu, nurul dan naqiu makan dengan penuh selera, mana kan tidak bibik goreng ikan keli garing2 kena pulak dengan nasi panas.. pehh.. aku pun tumpang sekaki. ZK masih berdiet so member pun tgk dari jauh je..isk2 kesian bisik ku. Mak rupanya tak suka ikan ni, tapi ikan ni kegemaran abah.." ade lagi 3 ekor mak masak esok, goreng bercili pulak".. "banyak ke dia bela?" tanya mak lagi, "banyak.. jawapku ringkas, tapi saya tak tahu jumlah sebenar. Tak hanyir lah mak, mak tak nak cuba ke?" soal ku. Terima kasih jawabnya.. nurul dan naqiu makan penuh khusyuk, sambil makan aku teringat kat tokeh ikan ni.. "siapa mama?, Che Hisham, suaminya Cik Nessa jawapku.."...Oh.. ye ke? sedap2 kata nurul sambil meneruskan makan malamnya. Rasa2nya boleh dpt free lagi ke?..banyak cantik.. he he.