Yoga

Saya terpanggil untuk menulis mengenai Yoga, sana sini orang memperkataan tentang itu. Ada kawan di pejabat komen ahh..ini benda terpencil je, banyak isu lain yg lebih berat, kegawatan misal.. tapi bagi saya soal akidah jangan ambil enteng. Malaysia yg berstatus negara islam sepatutnta menerima fatwa yang dikeluarkan oleh majlis tersebut. Diorang tu orang2 alim, org2 cam ni patut dihormati, tak kanlah diorang tu saja2 suka nak haram kan itu ini, mesti bersebab.
Kakak saya sendiri pernah mengikuti kelas senaman Yoga ni, menurut dia senaman ni sangat menyeronokan dan berkesan, antara gerakannya..berdiri dan angkat kaki kebelakang sehingga tinggi yg boleh dan bayangkan anda sedang terbang..fly! fly!.. takde mentera2 ni.. wah cam ok je, tapi kelmarin saya ade baca paper HM dlm ruangan sms, ade sorang budak ni kata patut haramkan yoga ni sebab makcik dia senam sambil tengok gambar sai baba.. iskk gile betul. Maknanya memang ade senaman cara yg simple dan ade cara yg over sikit sampai kena tengok gambar dan kena baca mentera beradu.. eh sorry itu lagu m.nasir.. mentera yg tah apa2 tah. So pendapat saya tak payah senam Yoga pun takpe..banyak senam cara lain yg best2 gak macam tai chi ke, poco2 ke..banyak lagi alternatif lain betul tak?

Percubaanku yang pertama

Hari ni aku create blogku sendiri dengan bantuan anak gadisku yang berumur 13 tahun, Anak-anak zaman sekarang sangat pandai dan cenderung membuat sesuatu menggunakan kemudahan di internet, misalnya cara dia berhubung dengan kawan2 melalui MySpace, friendster, sembang2 di Ym.. kadang naik risau dibuatnya. Niat untuk buat blog sendiri dah lama, tapi tak tahu cara2nya sahaja.. sungguh memeranjatkan bila anak perempuanku tiba2 tanya "mama, nak buat blog tak? kakak dah ade blog sendiri.." So, ini percubaanku yang pertama. Thanks Nurul!..