Cermin Mata hitamku
Semalam, beli sunglass baru, teka berapa harga?.. ala murah je RM360.00, mahal?, nanti dulu ade discount 50% so jadi RM180.00. jenama Bonia, jadilah.. sebelum2 ni brand menjadi perkara yang sangat penting bagiku dan seingat ku lagi belum pernah aku guna cermin mata semurah ni, ikutkan hati nak beli yang tiruan je kat jalan petaling .. tapi bila fikir2 balik, sakit mata nanti, aku juga yang merana.. so kupadamkan hasratku itu. Bukan ape dlm keadaan gawat ni kenalah berjimat sikit, susah jugalah nak buat keputusan semalam..nak beli ke tak nak beli.. last2 beli juga. puas hati he he.. sebenarnya sunglass yg lama takde cacat celanya pun, masih ok lagi cuma ade power.. al maklumlah kan aku sekarang berkanta lekap.. dah jadi double lah pula bila guna sunglass tu.. Alasan!.. ye lah, memang alasan pun.. tapi cermin mata hitam ni peting dlm hidupku sebab mataku sangat sensitif bila terkena cahaya matahari.. uhh.. ape2 jelah yang penting aku dah selamat pakai hari ni.
Nurul (elle drhowara)

Nurul Syafiqa, satu2nya anak perempuanku, permata hati.. masih ku ingat hampir 14 tahun yg lalu aku melahirkannya dalam usia semuda 23 tahun. Di hospital PUSRAWI, dr. yg menyambutnya ialah dr. malik. 3.75kg, 11.45 pagi, selasa, 23 rabiulakhir 1416. mana mungkin aku melupakan saat itu, pengalaman pertama melahirkan.. alhamdulillah Suami disisi menemani. aku terlalu kekok, nasib baik mak ada untuk menguruskan baby.. along, angah umpama dayang yg rajin mengendong, dalam family zk pulak Nurul adalah cucu pertama mereka. TUP2.. dia dah besar sekarang, dah sama tinggi dengan ku, dah boleh dibawa berbual2 dan dah pandai berboyfriend lagi. 14 tahun berlalu begitu pantas bagiku.. alhamdulillah dia membesar sebagai anak yang baik, dengar kata dan yang penting rajin solat. Kalau tengah uzur.. mesti bad mood, muka comel jadi seposen.. mama berdoa siang malam agar Akak (panggilan manja di rumah) menjadi anak yang solehah, sayang adik2, taat pada agama, tak lupa pada mama dan abah. amin. Selain handphone, notebook ku yg dah macam jadi hak milik dia tu, novel2 adaptasi jepun, psp adik dia juga suka berimiginasi di blognya sendiri... tapi itu semua weekend sahaja, kecuali hp di boleh kan pada hari weekdays, apa lagi kena mentelaah buku2 sekolah lah!.. dan kebelakangan ni, nama dalam myspace pun ku lihat dah bertukar jadi nama jepun.. elle drhowara, selamba dia berkata.."mama itu nama jepun akak, dlm kelas kitaorg semua ade nama jepun masing2".. macam2 perangai kan!..
Aku kehilangan En.Fazli..

Semalam 14 March 2009, bersamaan 17 rabiulawal 1430 hijrah, en. fazli meninggal dunia. Pukul 3.38pm aku dpt panggilan dari Kak Salmi, dengan suara sunggul kak salmi berkata "Gaya, En.fazli dah takde.." air mataku pantas mengalir, aku menangis semahunya sambil ku dengar betul2 tiap butir yg kak salmi tutur.. "betul gaya, en. fazli dah pergi.. dia dekat rawang, dia pergi kenduri rumah saudaranya dan dia meninggal dekat klinik kerajaan serendah, gaya tolong bagi tahu yg lain2 ya!.. pinta kak salmi".. tangisku semakin kuat, ku telefon en. nordin bossku dulu, dia pun seperti tak percaya, kemudian ku telefon marzita yg turut terperanjat. Azam.. tak dpt kuhubungi, kak Pah ku send sms saja tiba2 nessa call.. "betul wak, dia pergi meninggalkan kita semua". Aku bergegas siap, "Pa, jom kita pg klinik serendah pintaku".. siapa nak ambil nurul dekat UIA?, Ku capai hp dan .."along, boleh tolong ambilkan nurul dekat UIA tak?.. alhamdulilah along setuju, along turut bersedih. pukul 4.20 kami sampai di klinik serendah.. kudapat kan mak arwah, kami berpelukan, "makcik, saya kawan pejabat fazli, terangku dalam esak" kami menangis hiba.. pintu itu kubuka, tubuh en. fazli terbujur disitu, kaku dan dilitupi kain putih.., zahari menyelak kain tu, benar itu en. fazli sahabat yg ku kenali hampir 12 tahun.. air mataku terlalu murah saat itu, ku tatap wajah arwah buat kali terakhir sambil ku berkata.."en. fazli, gaya disini, selamat jalan en.fazli, menuju alam yg lain.. saya akan merindui en.fazli, bisik ku sayu". tangisan ku dengar disana sini, ibunya terlolong bila org2 berbicara soal post-mortem (PM), "jangan sentuh anakku..jeritnya".. En. Safuan dtg bawa yassin dlm hujan yg sangat lebat, Zahari pintaku telefon Idham, dia sepatutnya disini terangkan tentang pentingnya PM.. ahh mungkin dia ada urusan lain. Akhirnya saudara2nya berjaya mendapatkan van untuk bawa arwah pulang ke Tapah, sedih, kak salmi masih belum ada disini.., Iskandar masih belum tahu, papanya telah pergi.. pukul 5.28, en.fazli selamat dinaikan ke van jenazah, sekali lagi aku menangis pilu.. takala ven berlalu pergi. Dalam perjalanan pulang ke rumahku.. memori sehari sebelumnya terbayang-bayang dimindaku.. Pagi tu marzita sign-upkan facebook utk en. fazli, selama ni dia tak pernah berminat langsung.. aku turut terbabit, ku cari gambar2 dlm simpanan ku utuk marzita upload dlm facebook en. fazli, kami bertiga berbual2, bergurau.. "en. fazli, gambar en. fazli nampak mee hoon pulak, kata ku.. ehh.. rambut pun nampak sikit he he.. gurau ku".. dia tertawa kami sangat gembira waktu itu.. tiada apa perubahan yg ketara pun.. , dia mcm biasa je.. ketawa dan suka mengusik-gusik bila org lalu lalang didepannya. Tiada apa yg harus dikesalkan, hubungan kami baik dan arkab sebelum dia menggalkan kami semua buat selama-lamanya hari ini. Berbagai memori bersilih ganti.. semua itu akan ku kenang hingga akhir hayat. Al-fatihah.
Minggu yg penuh suka dan duka
Minggu ni, aku melaluinya dengan berbagai-bagai.. isnin, berjalan lancar..selasa, rasa tertekan.. esok rancang nak cuti, g mkn2 dgn papa, shopping.. n tgk wayang, tempah baju.., borang cuti sudah ku isi, tapi lupa nak bagi en. nordin sain, takpe en. fazli ade.. approved! lunch mulanya sendiri, alih2 niza join..ok lah tu. Adik?..uhh.. dingin, angin ape tah.. aku bagai kakak yg tak pernah wujud. Sabar, kerja2 ku cuba untuk siapkan, ptg tu hujan lebat membasahi bumi. papa sms pukul 5.30pm turun. dlm surau ramai yg tegur, nessa, niza.."wak napa adik awak itu dan ini?" seboleh2 aku memberi jawapan yg positif.."entah, dia bad mood.., telan je lah kataku cool", wal hal hatiku amat kecewa, tapi ku buat2 ok. petang tu sebelum balik, adik mengherdik pulak dgn kasar, bila ku tanya soal CD.. aku terpana, jiwaku remuk bagai kertas yg diramas (jiwang lah pulak)... mungkin salah ku, cuba membujuk diri, dia kan tgh bad mood, aku pula tanya pasal CD, yg mungkin perkara yg paling tak penting, sbb tu dia tak pernah tonton pun cerita tu sampai habis.. aku benar2 terluka, tangis ku simpan. ku kuatkan semangat, lepas asar aku beredar pulang, dlm kereta ku luahkan segala isi hati pada zk, puas dia memujuk, air mataku tiba2 mengalir deras selebat hujan yg turun pada ptg itu, tiba2 hp ku berbunyi. sms "akak, maafkan saya"... air mata ku semakin mengila, aku tersedu pilu, sepanjang jalan yg sesak, zk memujuk.. ku harungi ptg selasa itu dgn sedih, sms tidak ku balas.. pukul 6.45pm sampai. Pagi rabu, pukul 5.30am aku terjaga, kepala ku berpinar seolah dunia sedang berpusing laju, aku pitam?, tiba2 tekak terasa loya, aku termuntah-muntah bagai org mabuk, bdn ku lemah... Rabu adelah hari paling tak sihat, zk bawa ku ke klinik, mc 1 hari, semua perancangan lebur.. aku terlantar di rumah, kami mkn nasi bungkus. Khamis, masih rasa tak sihat, pening, loya, tak stabil, lemah..mcm2.. aku ke rumah mak kali ni. mc lagi 1 hari, mak panggil org dtg urut satu badan RM25.00, murah eh... tgh hari makan sedap, mak masak memang tak pernah menghampakan.. pening masih ade, mlm mkn cereal je.. Jummat, hari ni kerja, jumpa en. nordin, ramai yg dg tanya.. adik?, alhamdulilah sekali lagi dia memohon maaf, ku terima dgn ikhlas, pasti ramai yg kata ..mudahnya aku memaafkan seseorg yg sewenang2 melukakan hati aku. Soal itu ku tolak ketepi, aku ingin ketenangan yg total ketika ini, kesihatan ku masih merosot..tgh hari lunch sendiri, baring di surau, pukul 5.30pm pulang. Sabtu, Mas dan abe bertandang ke rumahku, bfast mee hoon, kami ke butik syahirah d bukit beruntung. Selesai semua, kami pulang, lunch dkt gerai nasi ayam trafic light, sg choh. Jalan jem gila.., ade roadblock sana sini, gara2 perhimpunan bantah PPSMI.. ptg pergi kenduri kawin kakak syara di kota damansara, mknan sedap n banyak dpt goodies. pukul 5.30pm mak, abah dan along dtg, mak risau bilaku tak sihat.. lepas minum ptg mak pulang pukul 6.45pm. Mlm dinner dkt ikea, walaupun kesihatan ku masih belum pulih sepenuhmya.. namun ku gembira disamping papa dan anak2, sebab itu ku ikutkan hajat Naqiu. Pukul 12am tido. Ahad, bfast capati segera dgn sardin. baca blog, paper.. pukul 2.30pm pergi ngaji, ptg tu ngaji sampai ayat 115. pukul 6.30 balik, singgah restoran d'templer, chinese muslim restaurant, mkm mlm, pukul 7.10pm sampai rawang. Mlm tgk arsenal game 5th round FA cup, yahuuu.. arsenal menang 3 - 0 lawan Burnley. Aku happy sangat waktu ni, pukul 12.15 tido. Habis cerita minggu ini.. esok minggu lain, selamat menyambut Maulidul Rasul.
Subscribe to:
Posts (Atom)