Selamat Datang 2009

Esok awal muharram, tahun baru bermula.. 2009 pula akan menjelma 3 hari lagi. aku bersyukur atas nikmat yg Maha Esa beri, tahun 2008 bagiku banyak meninggalkan memori yg indah2.. dari Jan'08 hingga Dec'08.. semuanya ok. Cuma hadiah ulang tahun perkahwinanku yg ke14, masih belum kuterima.. papa janji nak bawa ke luar negara.. bila yek?!
Mula2 cite pasal kat office.. tahun 2008 Zul berhenti dari TPPT, seksyen akaun kehilangan seorang pekerja yg berkaliber tapi lorat gile.. ye la aku pun panggil dia zul gile.. sepanjang berkerja dengan dia aku selalu dibuli, kami selalu gaduh, tapi dia sgt cekap membuat akaun, senang cite dia pandai dan baik tapi gile.. he he i'll miss him. Marzita yg paling rapat buat masa ni.. thanks god dia ada, walaupun kenkadang moodynya tak keruan.. aku masih boleh bertahan. Azam lelaki sempoi, en. fazli yg baik hati tapi ..biasalah mana ade manusia yg perfact, En. Nordin, yg rugged, kdg2 poyo tapi tak kedekut, boss yg kusayangi he he thanks sebab bagi markah yg ok dan bonus yg alhamdulillah ..akhir sekali Kak Pah dgn dunianya yg tersendiri. Mereka2 inilah yg menemaniku sepanjang 2008 di pejabat. Tak lupa nessa, awal2 tahun ari tu kami baik semacam.. betullah org2 tua ckp buat baik berpada2 buat jahat jgn sekali, gunung daik bercabang tiga.. eh ape kena mengena dgn gunung daik pulak ni.. nessa baik, dia ade pandanganya tersendiri, kami masih berkawan dan aku tetap menghargainya. Emmp.. kawan2 bola pulak, gigg (en. azlan), Carric (fat), Gerrard (en. Amran mukhtar), en. khairul, nizam dan azan fan chelsea yg poyo, zaimi fan MU yg cool.. semuanya best, tapi kalau arsenal kalah mesti kene perli. kutuk tak usah citelah..boring betul. Yg tak best sepanjang 2008 dkt office.. ape lagi berhadapan dengan 2 org yg tak suka aku, aku pun tak suka gak kat diorg.. melihat, mendengar, ape lagi ye?.. ah semualah.. aku tak suka, tak suka, tak suka..(sila baca mcm iklan budak marah bila mama dia bersihkan lukisan kat dinding, ala iklan cat tu). Buat apelah cite pasal org yg takde kene mengene dlm hidup aku yg bahagia ini betul tak? maaf jgn kata aku ni tak pernah nak buat baik dgn 2 org tu ya.. kata tak nak cite, ah..cite sikit je, dlm tahun 2008 aku pernah cuba berbaik2, mula2 tu aku try kat boss dia dulu..dlm fikiran ku mungkin boss dia akan pujuklah kekasih hati yg paling di cintainya itu berbaik2 pulak dgnku.. tapi hampeh, tak payahlah. buang maso den je, bertambah sombong dan angkuh adelah.. stop. 2009 nanti tak payahlah cerita2 lagi k, lebih baik cite pasal bdk pencuci dan angkat sampahku setiap hari.. bdk indon tu baik ape! gajinya RM600 sebulan.. tiap tahun tak lupa aku kasi dia duit raya.
Keluarga, alhamdulillah Mak Abah, Mama dan Abah mertua ku sihat, demam sikit2 tu adelah, hubungan ku dengan ipar duai pun ok, cuma dlm tahun 2008, Ifa hampir2 bercerai, alhamdulillah berkat doa semua keluarga dia berbaik2 semula dan suami dan sdg mengandung anak ke2. Adik Rizal dpt Aira, adik beradikku yg lain semuanya baik2 belaka. Anak2 pula, Naqiu dah selamat bersunat, Anas masih ade alergy, tahun ni terpaksa beli dua PSP sebab asik bergaduh je, Kakak.. semakin dewasa, Bibik.. tersangat lah OK, rajin (kalau nak cite pasal bibik ni panjang lebar, takpelah nanti create cite khas utk bibik yg telah berkhidmat 4 tahun).. dan yg paling2 tak terhingga buah hati ulam jantung, nyawa, intan payung..takda lagi dah..(baca stail amat nisfu masa cite 3 abdul) ialah hubbyku tercinta. Thanks papa, kerana memberiku kehidupan yg baik, beli TV LCD Sony, bawa kami jalan2, terengganu, kelantan,PD 2 x, BaganLalang, Desaru, Johor, Cemeron, Bkt Merah, Penang dan lain2 tempat yg dah tak ingat.. love u so much.

2 comments:

haaa said...

huhu :)
abah memang baik;
bwk shopping.
sponsor topup.
hadiah anniverserry? (cmtu ke eje?)
nnt ader lah tu.
hehe.

Zack Kay said...

Insya Allah, kalau ade rezeki, adelah gi overseas....