
jumaat lepas pergi SSF deco dkt jln TAR, jln kaki sampai station putra CM ke masjid jamek, nak guna 50% + 20% discount voucher yg aku dpt masa birthday bln lepas.. Mas yg temankan ku. Beli bunga utk Yana dan satu candle stand, dah lama aim ni RM89.00 satu..so dptlah half price. Lepas tu kitorg g Euro Moda, beli kain 2, satu saya RM138 (tapi cam buruk pulak kain ni) satu utk ZK RM120. Cik comel tu tgk2 je dulu sbb dia nak dtg lagi dgn abe dia esknya. selesai shoping, tunggu teksi.. hampa, last2 kitorg naik balik putra ke CM, peh.. penat gila, nasib tak gila. solat zohor pukul 3.30, baring jap kat surau.. ptg kul 5.45 ZK dtg.. dinner dkt al-Rawsha, empp.. semua sedap. Alamak..pa Hp i tertinggal dkt off. Call off, teka siapa angkat?, satu dari dua org yg tak suka pd aku. Control.. aku pun ckp, minta tolong tgk ade tak hp aku tertinggal, pastu minta dia simpan kan dlm laci, perbualan ku lancar, dia pun cam ok je, habis je conversation tu.. ahh..cam sedih lak, yelah lama tak bercakp dengan minah ni, berbual jauh sekali. ape2 jelah asalkan dia dan aku bahagian dgn haluan kitaorg masing2 sudah. kul 7.30 sampai Istana Budaya, terserempak dgn Hattan.. eh tu awek dia ke?.. takde lah lawa sgt. Solat Mugrib, malas lak nak tukar baju.. ahh pakai jelah, ZK kata takdelah bau, yelah tgh hari tadi dah berpeluh2 kat jln TAR. Beli 2 CD, 8.15 masuk. Fuyoo.. best gile konsert M.Nasir ni beb, Zk pun enjoy. Kul 12.00 mlm habis, beratur jap nak minta sain kat CD.. dan aku didepan m.nasir, "nasir boleh tulis kat sini to Ani..ok katanya.. wah..kacak gak mamat nih". CD tu khas utuk alongku..Ani, tentu dia happy. 12.30 aku dan Zk g office jap, nak amik hp yg tertinggal tadi, kalau ade hp aku mesti boleh amik gambar m.nasir..ish..ade hikmah disebalik tertinggal ni, kena jln jauh ikut pindu belakang, isi bukulah.. dan setelah semua selesai, sampai rumah kul 1.20 pagi.. bdnku sakit2 kaki dan lutut, pinggang.. semualah satu badan penat sesangat.. namun aku sangat bahagia dan gembira dengan hari ini.. selamat mlm.
2 comments:
tengok konsert tak ajak :DD
akak minat m.nasir ke?
Post a Comment