
Nurul Syafiqa, satu2nya anak perempuanku, permata hati.. masih ku ingat hampir 14 tahun yg lalu aku melahirkannya dalam usia semuda 23 tahun. Di hospital PUSRAWI, dr. yg menyambutnya ialah dr. malik. 3.75kg, 11.45 pagi, selasa, 23 rabiulakhir 1416. mana mungkin aku melupakan saat itu, pengalaman pertama melahirkan.. alhamdulillah Suami disisi menemani. aku terlalu kekok, nasib baik mak ada untuk menguruskan baby.. along, angah umpama dayang yg rajin mengendong, dalam family zk pulak Nurul adalah cucu pertama mereka. TUP2.. dia dah besar sekarang, dah sama tinggi dengan ku, dah boleh dibawa berbual2 dan dah pandai berboyfriend lagi. 14 tahun berlalu begitu pantas bagiku.. alhamdulillah dia membesar sebagai anak yang baik, dengar kata dan yang penting rajin solat. Kalau tengah uzur.. mesti bad mood, muka comel jadi seposen.. mama berdoa siang malam agar Akak (panggilan manja di rumah) menjadi anak yang solehah, sayang adik2, taat pada agama, tak lupa pada mama dan abah. amin. Selain handphone, notebook ku yg dah macam jadi hak milik dia tu, novel2 adaptasi jepun, psp adik dia juga suka berimiginasi di blognya sendiri... tapi itu semua weekend sahaja, kecuali hp di boleh kan pada hari weekdays, apa lagi kena mentelaah buku2 sekolah lah!.. dan kebelakangan ni, nama dalam myspace pun ku lihat dah bertukar jadi nama jepun.. elle drhowara, selamba dia berkata.."mama itu nama jepun akak, dlm kelas kitaorg semua ade nama jepun masing2".. macam2 perangai kan!..
5 comments:
aaa la wak anak dara saya pun sama SHINICHI la RAN la tah ape2.. zaman diorang kan wak.. as long anak2 kita ok kira bagus lah wak kan
betul tu.. yang penting perangai dia ok
ada chance lah dia gi belajar kat jepun ni
haha, malu lahh :)
skrg, minat taiwan lakk.
mcm mcm kan? hehe.
nak letak nama Jandi pulak ke..
Post a Comment