Ulasan filem mlm tadi
malam tadi tgk movie legenda aku budak setan di astro ria.. jalan cerita yg simple, plot yg lemah namum penataan cahaya dan gambar yg menarik, berlatar belakang rumah2 yg cantik dan mewah, tiada apa yg istimewa.. mungkin terlalu kejam memberi pandangan sebegitu namun itu lah hakikat..mungkin juga kerana aku yg tidak minat pada heronya si FK yg poyo(ini pandangan peribadi aku sendiri ehh!!) bagi peminat2 FK jgn pulak melenting. Biasanya aku begitu emo bila menonton filem atau drama melayu, entah kenapa malam tadi aku menonton dgn hati yg kosong & polos, airmata tak tumpah langsung seperti biasa ku lakukan, atau mungkin hatiku kini sekuat batu kot..hehe apa-apa pun aku suka dgn Lisa, orgnya manis dan pandai berlakon.. tiba2 aku bandingkan pula dengan filem Ali Setan (1985) Kisah mengenai kenakalan seorang mahasiswa bernama Ali di sebuah universiti. Dia sering mengusik pelajar-pelajar lain termasuklah Asmidar yang kerap menjadi mangsanya. Namun perasaan bencikan Ali akhirnya bertukar menjadi cinta, filem tu padaku cukup menarik.. gelaran setan utk bdk nakal memang menjadi.. garapan yg hebat dan meninggalkan kesan sehingga hari ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment